tiada perlindungan terhadap jangkitan ebola...kesatuan jururawat AS lancarkan protes



SEBAHAGIAN jururawat menyertai tunjuk perasaan di luar Bangunan Persekutuan Dellum di Oakland, California, Amerika Syarikat kelmarin.

WASHINGTON – Berpuluh-puluh ribu jururawat di seluruh Amerika Syarikat (AS) melancarkan mogok kelmarin sebagai membantah kurangnya perlindungan terhadap pekerja kesihatan yang merawat pesakit yang dijangkiti virus Ebola.

Seorang jurucakap Kesatuan Jururawat Kebangsaan berkata, pihaknya menjangkakan seramai 100,000 jururawat dari seluruh negara menyertai protes berkenaan.

Kesatuan itu mendesak pihak hospital di seluruh AS menyediakan pakaian perlindungan daripada bahan yang melitupi seluruh badan dan juga alat penapis udara bagi melindungi mereka daripada virus berkenaan.

Mereka juga menuntut lebih banyak latihan diberikan kepada jururawat yang ditugaskan untuk merawat pesakit yang disyaki dijangkiti virus tersebut.

“Cara terbaik untuk melindungi masyarakat daripada Ebola ialah dengan melindungi pekerja kesihatan itu sendiri,” kata seorang jururawat, Evan Brost.

Bantahan tersebut turut diadakan di beberapa buah hospital dan klinik di Chicago, Oakland, White House serta di luar pejabat gabenor di beberapa negeri.

Wabak Ebola yang kini melanda Afrika Barat sudah membunuh lebih 5,000 penduduk selepas 10,000 pesakit disahkan dijangkiti virus yang boleh membawa maut itu


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI