kabel platform terputus ,pencuci banggunan terperangkap di luar tingkat 68 pusat dagangan dunia



ANGGOTA bomba menyelamatkan dua pencuci tingkap selepas memotong tingkap kaca di bangunan WTC, New York, kelmarin.

NEW YORK – Dua pekerja yang sedang mencuci tingkap bangunan Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini berdepan detik cemas apabila platform yang mereka naiki terputus dan tergantung di tingkat 68 kelmarin.

Dua pekerja tersebut, Juan Lizama, 41, dan Juan Lopez, 33, tergantung selama 90 minit pada ketinggian 252 meter selepas salah satu kabel menyokong platform yang mereka naiki terputus.

Seorang pegawai bomba, Billy Ryan berkata, mereka terpaksa memotong satu tingkap di tingkat 68 yang terletak bersebelahan dengan platform berkenaan untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami terpaksa menggunakan satu gergaji khas untuk memotong tingkap tebal sebelum menarik kedua-dua mangsa ke dalam bangunan,” katanya.

Menurutnya, semua mangsa tidak mengalami kecederaan dan pihaknya sedang menyiasat bagaimana kabel yang menampung platform berkenaan boleh terputus.

Bangunan WTC setinggi 104 tingkat itu dibuka pada 3 November lalu bagi menggantikan bangunan sebelum ini yang musnah sama sekali dalam peristiwa serangan  pada 11 September 2001


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI