sambal tumis telur pecah



BAHAN-BAHANNYA :-)

5 biji telur (che mat guna telur gred B)
1 biji bawang besar hiris bulat dan leraikan
3/4 camca besar pes asam jawa
2 1/2 senduk nasi cili kisar
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji buah keras, hiris
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/3 cawan (che mat guna non-stick pan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum. Masukkan cili kisar dan masak hingga cil garing dan naik minyak, guna api kecil dan kacau selalu.

Tambah pes asam jawa, kacau dan tuang air, kacau rata dan biar mendidih. Masukkan sedikit gula dan garam, kacau rata. Pecahkan telur dan masukkan ke dalam sambal tadi. Pastikan telur tidak bertindik antara satu sama lain. Terus masak dengan api kecil.

Bila telur mengeras, masukkan bawang besar. Kacau perlahan dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika kurang masin atau manis, boleh tambah garam dan gula secukup rasa. Matikan api dan boleh hidangkan bersama nasi dan lauk lain...

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI