resepi cucur bawang



BAHAN-BAHANNYA :-)

2 cawan tepung gandum
1 camca besar tepung beras
3 cawan air
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh baking powder
2 biji bawang besar, saiz sederhana, hiris
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 pokok daun sup, hiris
1 genggam ikan bilis, dibersihkan dan rendam sekejap, toskan
Garam secukup rasa
Minyak untuk goreng terendam
Sos atau sambal tumis untuk dimakan bersama cucur

CARA MEMBUATNYA :-)

Dalam satu bekas, masukkan bawang, daun sup, cili merah, cili hijau dan ikan bilis. Tambah garam secukup rasa (anggaran 1 camca teh) dan baking powder. Gaul rata2. Masukkan telur, gaul lagi dan tambah tepung gandum dan tepung beras. Kacau rata.

Tuang air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan air habis. Rehatkan sekejap. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Kacau adunan tadi, sudukan 1 camca besar penuh dan tuangkan ditepi kuali (tuang biar sebahagiannya jatuh dalam minyak panas. Buat beberapa cucur bawang untuk sekali goreng dan setiap satu kaedahnya sama, dituang tepi kuali.

Perlahan2, jatuhkan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga kuning keemasan pada setiap bahagian. Angkat dan toskan, susun secara sendeng pada dulang yang dialas kitchen paper towel. Buat hingga siap dan boleh hidangkan bersama sambal tumis atau sos pilihan anda..

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI