resepi gulai ketuk pisang muda



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 kg pisang kapas muda
3 cawan cendawan kukur @ kulat sisir, rendam sekejap
3 batang serai diketuk
6 ketul tulang ikan masin kurau yang masih ada isi, rendam 2 jam
2 keping asam gelugor (jika saiz besar guna sekeping)
2 liter pati santan
600 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)

1/3 cawan cili padi kampung, guna yang hijau
2 inci kunyit hidup
1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)

Pisang muda dicuci bersih. Kupas kulitnya, tapi takperlu habis, kupas sedikit saja dan ambil kulitnya kemudian ketuk pisang tadi dengan parang hingga pecah (jangan ketuk sampai hancur pulak, ketuk perlahan2 saja). Buat hingga siap dan rendam sebentar. Cendawan diperah dan tumbuk sedikit, jangan sampai hancur, cuma memar2kan saja. Ketepikan.

Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan2 kisar halus dan santan cair. Masak hingga mendidih dan pisang empuk. Tuang sedikit air jika perlu. Tambah cendawan dan tulang ikan masin kurau (toskan). Masak hingga cendawan lembut.

Masukkan pati santan, kacau rata dan perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Biar mendidih dengan api sederhana dan kacau sentiasa. Masak sekejap lagi (4 - 5 minit), rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, sambal belacan dan telur dadar.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI