jaga kepentingan sendiri ...amerika syarikat rancangkan gulingkan bashar al assad untuk angan angan tewaskan pejuang negara islam



rancang untuk singkir kan rejim zalim  bashar al assad

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mahu para penasihatnya mengkaji semula dasar Washington terhadap Syria selepas mendapati mustahil untuk menewaskan kumpulan pejuang jihad  Negara Islam (IS) tanpa menyingkirkan presiden negara itu, Bashar al-Assad, lapor agensi berita CNN kelmarin.

CNN yang memetik pegawai kanan AS berkata, pasukan keselamatan kebangsaan AS mengadakan empat mesyuarat pada minggu lalu bagi membincangkan strategi yang sesuai bagi menentang IS yang kini menguasai sebahagian besar Syria dan Iraq.

“Obama meminta kami supaya mengkaji semula strategi yang sesuai untuk menewaskan IS di kedua-dua negara tersebut.

“Secara realitinya, untuk kami benar-benar  ingin  menewaskan IS, kami bukan sahaja mesti menewaskan kumpulan pejuang  itu di Iraq tetapi juga di Syria,” kata pegawai berkenaan.

Sementara itu, seorang pegawai Majlis Keselamatan Kebangsaan memberitahu Reuters, strategi berkenaan akan menghormati pentadbiran Syria.



amerika  syarikat angan angan untuk tewaskan pejuang IS

Katanya, dalam mesyuarat itu Obama menekankan bahawa Bashar sudah hilang kelayakan untuk mentadbir Syria.

“Kami bekerjasama dengan negara-negara sekutu bagi menguatkan pengaruh kumpulan pembangkang sederhana di Syria sebagai salah satu usaha untuk menyingkirkan Bashar,” ujarnya.

Tambahnya, pasukan itu juga sedang mempertimbang cara terbaik bagi melaksanakan strategi yang dirangka Obama untuk menentang IS di Iraq dan Syria melalui beberapa usaha secara ketenteraan dan berbentuk tanpa ketenteraan.

“Fokus utama ketika ini ialah mengusir pejuang  IS dari Iraq dan kami serta negara sekutu juga akan meneruskan serangan udara terhadap kumpulan itu di Syria bagi menghalang mereka menguasai lebih banyak kawasan,” katanya.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI