kerja penaya nie...cari jarum dalam timbunan rumput kering
Paris: Seorang artis Itali akan membuat persembahan yang memenatkan selama dua hari - mencari sebatang jarum dalam timbunan rumput kering di sebuah muzium di Paris.
Sven Sachsalber akan menghabiskan masa selama 48 jam mencari jarum berkenaan yang disembunyikan oleh ketua muzium Jean de Loisy, di Palais de Tokyo, galeri seni kontemporari di ibu negara Perancis itu.
Pencarian itu akan dilakukan dari tengah hari hingga tengah malam dengan waktu rehat selama 12 jam sebelum ia disambung semula.
Sachsalber yang menetap di New York dan berasal dari Südtirol, kawasan sempadan antara Itali, Switzerland dan Austria terkenal dengan karya seninya yang biasanya berdasarkan ‘kepenatan fizikal.’
Dia sebelum ini pernah memakan cendawan beracun atas nama seni, menghabiskan 24 jam bersama seekor lembu dalam sebuah bilik dan memotong sebatang pokok besar dengan tangannya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI