menara eiffel pun ada di china tau

Kota Paris sentiasa menjadi destinasi idaman. Tambahan pula, kota itu mengungguli carta sebagai kota paling romantis sekaligus menjadi destinasi pelancongan paling terkenal dunia.

Bila menyebut nama kota Paris, pastilah terbayang-bayang di mata Menara Eiffel yang cukup gah hingga diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia.

Namun dalam popularnya kota yang cukup sinonim dengan Menara Eiffel ini, ada pula pihak-pihak yang meniru struktur mercu tanda kota tersebut.

Hah, mana lagi kalau bukan di negara China. Negara tersebut memang cukup terkenal dengan konsep barangan tiruannya. Pendek kata, semua barang hendak ditiru!

Mesti anda tidak percaya kan? Hah, tengoklah sendiri Menara Eiffel yangkonon-kononnya di Paris tapi sebenarnya di China ini…

Untuk makluman anda tempat ini sudah dibina sejak 2007 lagi dan syarikat yang bertanggungjawab dalam pembinaan bandar ini ialah Zhejiang Guangsha Co. Ltd.

Memang menarik bukan?  Sebuah bandar replika berjaya terhasil daripada adaptasi bandar Paris dan Menara Eiffel yang terletak di Tianducheng, Wilayah Zhejiang.

Tapi sayangnya,  projek ini dikatakan tidak berjaya seperti diharapkan kerana kota replika ini kurang mendapat sambutan hinggakan ianya kelihatan sunyi.

Meskipun bandar ini sunyi dan kurang penghuni, tetapi ia sering jadi pilihan bakal pengantin untuk menjalani sesi fotografi.

Jadi bagi anda yang bakal menjejakkan kaki ke ke negara China, bolehlah singgah ke kota replika ala-ala Paris ini








>







About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI