pemilik pertama berlian kuning yang di rahsiakan namanya



Sebutir berlian kuning seberat 110 karat dikenali sebagai Sun Drop dijual pada harga AS$10.9 juta (RM34.3 juta) dalam satu lelongan di sini, menurut firma lelongan Sotheby kelmarin.

Berlian Sun Drop ialah berlian kuning terbesar di dunia.

"Dijual pada harga AS$10.9 juta," kata seorang eksekutif Sotheby, David Bennett di hadapan sekitar 150 orang yang menghadiri lelongan berkenaan di sebuah hotel mewah di sini.

Harga jualan tersebut kurang daripada anggaran pakar-pakar yang meletakkan nilai berlian kuning itu antara AS$11 juta (RM34.6 juta) hingga AS$15 juta (RM47.2 juta).

Permata itu yang ditemui di Afrika Selatan dalam tahun 2010 mengagumkan para pengunjung semasa ia dipamerkan di Muzium Sejarah Semula Jadi London pada awal tahun ini dan juga Hong Kong.

"Ia belum pernah dimiliki, justeru, pembelinya merupakan orang pertama yang memakai berlian ini," kata Bennet.

Berlian tersebut bersaiz sebesar ibu jari tangan wanita.
Ia kelihatan kuning kerana mengandungi nitrogen dalam karbonnya.

Firma Sotheby bagaimanapun masih tidak mendedahkan identiti pembeli berlian tersebut.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI