resepi udang goreng cili bertelur
Bahan bahan:
3-4 ekor ketam/udang – potong 2 kalau ketam
5 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sos tiram
Sos cili
Cuka
Minyak bijan
Garam
Gula
3 biji cili padi – potong
1 biji telur – pukul sedikit
Cara cara:
Kisar halia, bawang besar dan bawang putih dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga cili benar benar masak dan garing. Saya hanya cincang halus sahaja bawang dan halia.
Masukkan semua bahan lain, kecuali telur. Bila dah secukup rasa, masukkan ketam atau udang. Tutup kuali supaya ketam cepat masak.
Bila ketam/udang dah masak, angkat keluar ketam/udang dari kuali dan diletak dalam pinggan. kita tak keluarkan, terus tuang telur di atas udang.
Masukkan cili padi dan pecahkan sebiji telur ke dalam mangkuk dan kacau dengan garfu sebelum dituang ke dalam kuah sos. Kacau telur sehingga sebati. Tutup api.
Akhir sekali, siram kuah sos ke atas ketam atau udang yang telah dikeluarkan tadi.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI