bila pantai jadi tandas terbuka




Kita selalu bayangkan pemandangan pantai yang indah ditambah pula bunyi desiran ombak yang mampu menenangkan jiwa resah.

Namun, pernahkah anda bayangkan, ciptaan alam yang indah ini dicemari oleh manusia yang sesuka hati membuang air besar merata-rata.

Keadaan ini bukan sahaja memberi pemandangan yang amat menjijikkan malah membuat pantai dipenuhi bau busuk najis manusia.

Hal inilah yang berlaku di pantai negara India.

Kepadatan beribu-ribu penduduk menyebabkan tandas mereka tidak dapat menampung penduduk secukupnya, seterusnya terjadilah situasi menjijikkan ini.

Terkejut bukan? Tetapi inilah yang terjadi di negara tersebut.

Menurut penduduk setempat, seramai 25,000 penduduk kawasan sekitar terpaksa berkongsi hanya 4 buah tandas sahaja, menyebabkan mereka tiada pilihan melainkan membuang najis di pantai berdekatan.

Lebih menyedihkan, sisa-sisa tahi boleh dilihat berada merata-rata di kawasan pantai. Namun, tiada apa boleh dilakukan apabila kekurangan membataskan keadaan.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI