asam rebus tempoyak ikan duri
BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan duri saiz sederhana
1 kuntum bunga kunyit, belah 2 dan rendam
1 helai daun kunyit, disiat
1 keping asam gelugor
1 camca besar penuh tempoyak
2 papan petai, ambik isinya
1 kiub pati ikan bilis (optional)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi thai kaler merah
15 biji cili padi kampung, kaler hijau
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan duri disiang, cuci, kemudian perap dengan jus limau nipis selama 15 minit, dan cuci bersih. Kemudian gaul dengan 1 camca besar tepung gandum, gaul rata dan perap lagi 5 minit. Cuci bersih, tos dan ketepikan
Masukkan tempoyak, bahan2 kisar halus, asam gelugor dan air secukupnya ke dalan periuk (anggaran 1500 ml), kacau rata dan masak hingga mendidih. Tambah kiub pati ikan bilis (jika guna) dan ikan duri tadi. Kacau rata dan masak hingga ikan masak.
Masukkan bunga kunyit, petai dan daun kunyit. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih dan lauk2 lain...
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI