selebriti tawar $1 Juta Dolar untuk dibunuh...kan senang ajer bunuh diri dari upah orang lain...kah kah kah



Pemain drum kumpulan Blink 182, Travis Barker pernah menawarkan wang sebanyak $1 juta dolar kepada kawannya untuk menamatkan riwayatnya selepas Barker mengalami kecederaan parah setelah pesawat ringan yang dinaikinya terhempas pada 2008.

Ia mengakibatkan Barker mengalami luka terbakar di 65 peratus bahagian badannya manakala empat yang lain termasuk dua juruterbang, pengawal peribadi dan pembantu muziknya terkorban.

“Saya menghubungi kawasan saya dan memberitahu saya masukkan $1 juta dolar dalam akaunnya,’’katanya ketika menceritakan pengalaman berdepan dengan keadaan tersebut.

Kemalangan itu mengakibatkan Barker menghabiskan masa selama empat bulan di unit lecur dan menjalani 27 pembedahan.

Jelasnya, dia juga terselamat daripada letupan.

“Pesawat itu terbakar, begitu juga dengan tangan saya jadi saya buka tali pinggang pesawat dan terjun darinya dan seluruh badan saya juga terbakar.

“Disebabkan saya dipenuhi dengan minyak pesawat itu, tiada apa yang boleh saya lakukan untuk memadamkan api pada badan,’’ katanya.

Jelasnya, ketika itu dia bogel sepenuhnya dan berlari sekuat hati kerana pesawat itu hampir meletup.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI