resepi asam pedas ayam Melaka
Bahan-bahan
1 ekor ayam (dipotong kecil)
1 batang serai (dititik)
Daun kesum
Sekuntum bunga kantan (dibelah 5)
Air asam jawa (50gm asam jawa + secawan air)
3 cawan air
Sedikit lada hitam - tumbuk kasar
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar
35 tangkai cili kering (gunting, rendam dan toskan)
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci kunyit
1 inci halia
Sebesar saiz ibu jari belacan
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar bersama serai sehingga garing.
Masukkan ayam, bunga kantan, daun kesum. Gaul sebati dan tutup kuali sehingga ayam agak mengecut.
Masukkan air asam jawa dan gaul sebati. Masukkan pula garam dan lada hitam.
Gaul sebati.
Tambahkan air secukupnya.
Akhir sekali, tutup kuali dan tunggu sehingga ayam empuk serta mendapat kepekatan kuah asam pedas yang ideal.
Boleh lah diangkat dan dihidangkan dengan nasi putih atau dicicah sahaja dengan roti putih.
Nota
Kuah asam pedas ayam biasanya lebih pekat berbanding asam pedas ikan.
Asam pedas ayam biasanya agak berminyak disebabkan minyak yang turun dari ayam tersebut.
Oleh itu, pada yang tidak gemar, boleh buangkan minyak tersebut terlebih dahulu sebelum menghidangnya
Pada sesiapa yang suka dan tahan pedas, bolehlah tambahkan sedikit lada hitam.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI