doktor klinik kerajaan di dakwa mencabul




Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Miss T mendakwa dirinya dicabul oleh seorang doktor lelaki ketika menerima rawatan di sebuah klinik kerajaan di Klang, 8 Oktober lalu.

Perkara itu didedahkan oleh Miss T dalam sidang media di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, Klang, kelmarin.

Menurut Miss T, insiden itu berlaku ketika dia mendapatkan rawatan untuk sakit kepala dan batuk di klinik tersebut.

Bercerita kejadian, wanita berusia 29 tahun ini berkata, doktor tersebut tiba-tiba meraba bahagian payudaranya selama beberapa minit ketika melakukan pemeriksaan pernafasan.

Jelasnya lagi, doktor tersebut turut mengarahkannya membuka baju termasuk coli namun ditolak sebelum lelaki itu bertindak memasukkan tangannya ke dalam baju dan menyentuh payudaranya lagi.

Berang dengan hal itu, Miss T kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Klang.

“Saya mahu polis menyiasat doktor terbabit dan tidak mahu perkara yang sama berlaku terhadap wanita lain,” katanya yang hadir pada sidang media dengan memakai topeng dan topi.

Difahamkan, baju yang dipakai pada sidang media itu adalah pakaian yang sama pada hari kejadian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak mengesahkan menerima laporan tersebut

“Kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul dan siasatan masih diteruskan,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI