resepi bubur ayam ringkas




BAHAN-BAHANNYA :-)

1/2 cawan beras super tempatan (atau boleh guna beras siam)
6 cawan air
1/2 cawan mix vege (jagung, kacang pis dan karot)
1 helai daun pandan
1 batang serai, diketuk*
1 bunjut sup tulang Adabi*
1 batang kecil kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
1 biji buah pelaga*
1.5 inci halia, hiris*
3 ulas bawang putih, diketuk*
1/2 kiub pati ayam (optional)*
1 keping dada ayam, potong dadu
Garam secukup rasa
1 camca teh lada hitam kisar
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Isi ayam yang dicarik, untuk hiasan
Telur digoreng mata kerbau
Sedikit lada hitam kisar
Kicap lemak Jalen, jika suka

CARA MEMBUATNYA :-)

Cuci beras, masukkan ke dalam periuk bersama air, daun pandan, bahan bertanda (*), dan sedikit garam (anggaran 1 camca teh), kacau dan masak dengan api sederhana hingga beras kembang.Masukkan isi ayam, mix vege dan juga lada hitam.

Kacau rata dan terus memasak hingga menjadi bubur. Kacau sekali sekala dan rasa, jika ok boleh matikan api.

Cedok bubur ayam secukupnya ke dalam mangkuk sesuai. Tabur hirisan daun bawang, bawang goreng, isi ayam dan lada hitam. Hidangkan dengan telur mata kerbau dan kicap lemak Jalen, jika suka.

Sedap dimakan panas atau suam...Selamat mencuba!!.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI