sejarawan kaki lebong kata orang melayu tidak lupa Pulau Pinang dirampas daripada kedah ....tapi si pembohong ini buat buat lupa bagaimana pulau temasik dan batu putih terlepas kepada cina singapura.....!!!!



anugerah kangkung untuk prof berak cangkung dan di tanggung

Selepas lebih 200 tahun orang Melayu di Pulau Pinang dan Kedah masih ingat dan sedar akan dakwaan berlakunya tipu daya dalam cara pulau itu dan Seberang Perai 'bertukar tangan'.

Ahli sejarah Universiti Teknologi Petronas Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mendakwa terdapat kisah yang menunjukkan wujud banyak kesangsian berhubung 'perjanjian" dibuat antara Francis Light dan Sultan Kedah ketika itu, Sultan Abdullah.

 "Kebanyakan orang Melayu di Pulau Pinang dan di Kedah tidak dapat melupakan apa yang mereka sifatkan sebagai 'rampasan' oleh Pulau Pinang dan tipu daya (berhubung perjanjian) dibuat oleh (Francis) Light. Wujud banyak kesangsian dan kejanggalan.

 "Sultan Kedah merupakan raja berdaulat. Adakah Francis Light sama taraf?" soal sejarawan itu yang juga Timbalan Presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewarisan) dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini.

Murad diminta mengulas kenyataan Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Datuk Dr Wan Shamsuddin Mohd Yusof berhubung perjanjian pajakan Pulau Pinang dan Seberang Perai pada 1791 dan 1800

Kedua-dua perjanjian itu, katanya patut disemak semula Pulau Pinang dan Seberang Perai (dahulunya dikenali Province Wellesley) patut dipulangkan semula kepada Sultan Kedah. Cadangan Wan Shamsuddin itu, yang Murad gesa agar semua pihak mempertimbangkannya, bukan hanya berdasarkan pada sentimen semata-mata tetapi juga beberapa dokumen dan bukti. "Pulau itu dan Seberang Perai milik kesultanan dan Sultan Kedah, dari segi sejarah, sosial dan ekonomi.

Undang-undang Negeri Kedah terpakai ke atas pulau itu sebelum ia "dirampas' oleh Undang-Undang Common pada 1807," katanya.

Lagipun, katanya British tidak pernah memenuhi satu daripada syarat ditetapkan dalam perjanjian tersebut iaitu melindungi Kedah daripada serangan Siam (kini Thailand), fakta yang turut ditekankan oleh cendekiawan PSMCK Dr Ibrahim Bakar.

Ibrahim dalam temu bual  Bernama sebelum ini berkata perjanjian bagi Pulau Pinang dan Seberang Perai dianggap batal dan tidak sah susulan kegagalan British dalam melindungi Kedah seperti termaktub dalam perjanjian itu.

Murad juga berkata perjanjian itu dimansuhkan pada 1957 apabila negara mencapai kemerdekaan daripada British dan Pulau Pinang serta Seberang Perai sepatutnya dipulangkan kepada Kedah secara automatik.

Malah, menurutnya pada 1955, Sultan Kedah ketika itu, Sultan Badlishah dalam sepucuk surat kepada British meminta supaya dipulangkan Seberang Perai yang baginda sifatkan sebagai sebahagian Kedah.

" Oleh kerana Light pernah menemui Sultan Abdullah Mukaram Shah dan Sultan Zainal Azilin Jiwa Muazzam Shah, telah menekankan tentang memori dan kesedaran Kesultanan (tentang perkara itu)," katanya.

Menurutnya, tuntutan Kedah ke atas Pulau Pinang atau mana-mana tuntutan terhadap kawasan sama ada dalam negeri atau antara negeri bukan sesuatu yang luar biasa atau mustahil dari segi perlembagaan dan politik.

"Sebagai contoh. Satu daripadanya ialah Hong Kong kembali kepada China. Kita pernah menyaksikan Dinding dan Pangkor dipulangkan semula kepada Perak. Dan di dunia, perubahan terhadap persempadanan di dalam dan antara negara boleh berlaku," katanya. – Bernama





##



Masa BN memerintah Penang tak dak pulak timbul isu nie...

Cukuplah dengan semua cerita-cerita retorik semacam ini. Bila negeri lain atau tempat lain mula maju atau dah maju, mulalah iri hati dan tak habis habis dgn perasaan hasad dengki (PHD). Kalau betul betul hebat dan pandai mentadbir, majukanlah Kedah dan jadikanlah Kedah lebih hebat dari negeri negeri yg lain.

Sebenarnya  seluruh sejarah Malaysia diputar belit oleh BN untuk menipu generasi muda.

Professor kangkung tak de kerja lain. Hidup bermimpi. Orang lain sibuk memandang ke depan dia orang sibuk hendak ke belakang. Yang sudah tu sudah lah.

Yang perlu di fikirkan adalah sekarang dan hari -hari yang mendatang. Sejarah hanya untuk mengingatkan kita supaya jangan mengulangi kesilapan, bukannya cuba mengulangi kehidupan yang lalu.


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI