resepi ayam masak kalio



BAHAN - BAHANNYA :-)

800 gram ayam daging (kurang lebih), potong ikut suka, cuci dan toskan
4 helai daun limau purut
3 batang serai
2 helai daun kunyit
1 liter santan
1 camca teh serbuk lada sulah
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
Bawang goreng untuk hiasan

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)

8 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci kunyit dihidup, dibakar hingga wangi
5 biji buah keras, dipanggang dan hiris halus
10 tangkai cili kering, buang biji, dan rendam dalam air panas, toskan

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan 1/2 cawan minyak masak. Tumis serai hingga harum, kemudian masukkan bahan2 kisar halus, kacau rata dan masak hingga naik minyak.

Masukkan daun limau purut dan 1 helai daun kunyit (siat2kan). Masak guna api kecil dan kacau selalu.

Masukkan ayam, gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang santan dan tambah sedikit air jika perlu (anggaran 1 cawan), Kacau rata dan masak hingga menggelegak. Masukkan garam secukup rasa, lada sulah dan sedikit gula.

Kecilkan api dan masak hingga kuah kalio pekat dan naik minyak, kacau sekali sekala. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

Tabur bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi putih atau pun ketupat. Selamat mencuba!!.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI