enggan undur dari bumi Afghanistan bermakna NATO sedia buat kuburan tenteranya di sana




ASKAR-ASKAR AS tiba di sebuah lokasi serangan bom kereta di Kabul pada 11 Oktober lalu.

KABUL – Jerman, Turki dan Itali akan mengekalkan bilangan tentera masing-masing di Afghanistan pada tahap sekarang, kata beberapa pegawai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kelmarin.

Keputusan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk menyambung kehadiran tenteranya di Afghanistan.

Kejatuhan seketika sebuah ibu negeri wilayah kepada pemberontak Taliban menyebabkan Barat sangsi tentang kekuatan tentera Aghanistan.

Terdahulu, AS dan NATO menegaskan, perkembangan semasa dan bukannya jadual waktu akan menjadi kayu pengukur bagi pengunduran tentera asing dari negara itu.

Komander NATO di Eropah, Jeneral Philip Breedlove berkata, beliau mendapat jaminan NATO akan mengekalkan tenteranya bersama 10,000 askar AS di Afghanistan.

Jerman yang merupakan penyumbang utama NATO mempunyai kira-kira 850 askar di Afghanistan diikuti Itali dengan 760 anggota tentera dan sekitar 500 askar dari Turki.

Keputusan rasmi mengenainya akan dibuat pada mesyuarat NATO akan datang di Brussels, awal Disember ini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI