regim haram Abdel Fattah al-Sisi terima padah ... ramai pengundi boikot pilihan raya Parlimen Mesir...pilihanraya hanya topeng untuk menunjukkan konon kononnya ada demokrasi...!!!



HANYA beberapa pengundi dilihat berbaris pada hari terakhir bagi pusingan pertama pilihan raya di luar sebuah pusat mengundi di Giza, Kaherah kelmarin.

KAHERAH – Ramai pe­ngundi Mesir memboikot fasa pertama pilihan raya Parlimen kelmarin yang dipuji oleh Presiden Abdel Fattah al-Sisi sebagai pencapaian besar menuju ke arah demokrasi tetapi para pengkritiknya menyifatkan pemilihan itu penipuan semata-mata.

Pusat-pusat mengundi yang dilawati wartawan agensi berita Reuters mencatatkan kehadiran sekitar 10 peratus pe­ngundi, jauh berbeza daripada orang ramai yang berbaris panjang untuk membuang undi pada pilihan raya 2012.

Situasi tersebut menunjukkan Sisi kini semakin tidak popular di Mesir.

“Pilihan raya ini tidak akan mengubah apa-apa. Ia hanya pertunjukan, pertunjukan bahawa kami mempunyai demokrasi, mempunyai pilihan raya dan banyak perkara me­ngarut lain,” kata seorang pekerja makmal berumur 25 tahun, Ahmed Mostafa.

Pilihan raya kali ini yang berulang kali ditangguhkan berlangsung secara dua pusingan iaitu pada 18 hingga 19 Oktober dan 22 hingga 23 November tahun ini.

Pada minggu ini, para pengundi membuang undi di 14 kawasan termasuk bandar kedua terbesar di Mesir, Iskandariah.

Parlimen baharu Mesir akan mengandungi 568 anggota, manakala keputusan akhir pilihan raya itu akan diketahui pada Disember ini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI