tertinggal telefon bimbit dalam perut pesakit



JORDAN – Ini memang mengejutkan. Bayangkan bagaimana seorang doktor boleh tertinggal telefon bimbit dalam perut seorang wanita selepas membantu wanita itu melahirkan anaknya menerusi pembedahan.

Kejadian itu berlaku ke atas Hanan Mahmoud Abdul Karim, 36, yang bersalin di sebuah hospital swasta di Amman pada 24 April lalu.

Menurut Hanan, dia dikejarkan ke bilik bedah selepas x-ray mendapati terdapat objek asing dalam perutnya dan pakar bedah kemudian dengan segera melakukan pembedahan untuk mengeluarkan telefon bimbit tersebut.

Kes itu mendapat liputan meluas hinggakan ia dibawa ke Parlimen Jordon dengan salah seorang Ahli Parlimen meminta Menteri Kesihatan meletak jawatan susulan skandal yang memalukan dan mengejutkan itu.

“Selalunya apabila berlaku kes seperti ini, kerajaan sepatutnya meletak jawatan,” katanya.

Namun Kementerian Kesihatan Jordon menyifatkan kes itu sebagai tidak berasas dan sengaja direka.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI