berlawak kununnya makan biskut berbentuk iphone satu kesalahan semasa memandu akhir kantoi di tangkap polis kerana kesalahan tak bayar parkir......padan muka....kah kah kah...!!!




Seorang pelawak, Randy Liedtke cuba untuk berlawak dengan anggota polis dan memberitahu pengikut Twitter tentang perancangannya itu.

Rancangannya mudah – mula-mula kata Randy, dia akan membuat biskut yang menyerupai bentuk iPhone, kemudian memegang biskut tersebut dengan harapan ia dilihat polis.

Bila dia ditahan kerana kesalahan menggunakan telefon bimbit sambil memandu dia akan menggigit biskut dan bertanya jika makan adalah satu kesalahan.

Maka Rabu lalu, Randy melakukan apa yang dirancangkan itu dan memberikan ‘lintas langsung’ kepada para

Kegigihan Randy untuk berlawak dengan polis membuatkan dia sanggup berpatah balik apabila terlihat kereta polis di laluan bertentangan.
Dan taktiknya itu berkesan apabila dia ‘berjaya’ ditahan oleh anggota polis yang melihatnya.
pengikut Twitternya.

Seperti dirancang, Randy mula makan biskut yang disangka telefon bimbit oleh polis.
Katanya tindakan itu membuatkan anggota polis yang menahannya kelihatan terkejut dan marah. Polis itu kemudiannya beredar tetapi meminta Randy tunggu di kereta…

Sebelum kembali dengan saman kerana Randy mempunyai waran tangkap kerana tak bayar tiket parkir!

Maka kesudahan siri lawak Randy pada Rabu lalu adalah mengikut polis ke balai dan diberikan saman kerana tak bayar parkir.

Bak kata Randy dalam gambar terakhir sambil memegang kertas saman, lawak biskut iPhone sangat tak berbaloi dan dia tidak mungkin akan mengulanginya lagi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI