padah buat konsert maksiat...taliban serang kabul



SEORANG anggota polis kelihatan mengawal pintu msuk rumah tetamu yang diserang oleh anggota pejuang  Taliban di Kabul.


KABUL – Sekurang-kurangnya 14 orang dengan kebanyakannya warga asing terbunuh dalam serangan kumpulan pejuang Taliban ke atas sebuah rumah tumpangan di Kabul yang menyebabkan berpuluh-puluh orang menghadiri sebuah konsert terperangkap, kata pihak berkuasa semalam.

Penyerang turut bertempur dengan pasukan keselamatan Afghanistan selama beberapa jam.

Empat warga India dan dua rakyat Pakistan dan seorang warga Amerika Syarikat antara yang maut dalam serangan ke atas rumah tumpangan Park Palace menjelang persembahan penyanyi popular Afghanistan, Altaf Hussain.

Kumpulan Taliban mengaku bertanggungjawab melakukan serangan selama tujuh jam itu yang mencetuskan letupan dan tembakan senjata api. Ia berlaku semasa tentera Afghanistan berdepan musim pertempuran pertama memerangi Taliban tanpa bantuan tentera asing yang diketuai AS.

Terdahulu, Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi berkata, seramai lima orang termasuk warga asing dan penduduk tempatan maut dalam serangan itu, manakala lima lagi cedera.

Namun, bilangan kematian yang disahkan oleh kerajaan asing kemudian menyaksikan angka korban meningkat.

“Seramai 54 orang berjaya diselamatkan,” tambah Rahimi selepas ratusan anggota pasukan keselamatan mengepung Park Palace yang terletak di kejiranan mewah dan popular dalam kalangan pekerja bantuan antarabangsa.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI