ADUN naik gaji berkali ganda....bagai tampung biawak hidup... di tengah rakyat tersepit dengan isu kenaikan harga barang dan perkhidmatan akibat GST...ada hati nak mamposkan rakyat...!!!
4:40 PG
ADUN
,
berita
,
biawak hidup
,
dalam negeri
,
naikkan gaji
,
penaya rakyat
,
perompak rakyat
,
trengganu
Edit
KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu semalam meluluskan kenaikan tangga gaji baharu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) setaraf dengan gaji pegawai kerajaan Gred 54 berkuat kuasa 1 Januari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (gambar kecil) berkata, kesemua 32 ADUN Terengganu kini menerima gaji sebanyak RM11,000 berbanding RM4,112 sebelum ini yang setaraf dengan pegawai kerajaan Gred 44.
“Peratusan (kenaikan) ini memang tinggi, namun ia dibuat selaras dengan perkhidmatan dan pengorbanan yang dilakukan wakil rakyat di negeri ini serta mengambil kira keadaan semasa,” katanya kepada pemberita selepas tamat persidangan DUN di sini semalam.
Persidangan DUN semalam meluluskan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 1980 untuk membolehkan ADUN menerima tangga gaji baharu itu.
Menteri Besar, Datuk Seri Razif Abdul Rahman membentangkan rang undang-undang pindaan tersebut.
Tengku Putera yang menjadi penyokong kepada cadangan menteri besar memberitahu, Terengganu merupakan antara negeri terakhir yang meluluskan kenaikan gaji ADUN.
##
selaras dengan pengorbanan..?...dengan peratusan berkali ganda...?...ini menyamun duit rakyat namanya...di tengah kedudukan kewangan negara terhimpit oleh hutang yang sangat besar akibat rasuah dan keborosan PM Rosmah bini najib mengurus negara.
bangga sangat dengan pengorbonan ADUN ADUN yang kebanyakan mempunyai side income jadi pengerusi itu dan ini serta bisnes sendiri yang lain...
rakyat lantik dia jadi ADUN...sepatutnya rakyat yang di utamakan untuk di jaga kebajikannya...ini tidak...puak puak ini pulak di utamakan...apa yang rakyat dapat..?
GST...untuk tampung biawak hidup ini...!!!
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI