pengemis mesir banyak harta
KAMEL di luar bank di wilayah Bani Suef.
Kaherah: Segelintir penduduk Mesir yang menjadikan mengemis sebagai profesion dilapor memiliki wang yang banyak di dalam bank dan hartanah di lokasi utama.
Seorang daripada mereka. Kamel 70, mengakui mempunyai jutaan paun Mesir dalam simpanannya dan turut memiliki dua hartanah. Semuanya diperoleh daripada hasil mengemis di wilayah Bani Suef.
Wajah Kamel yang sentiasa berpakaian cumpang-camping tidak asing lagi terutama kepada pemilik kedai dan penduduk di bandar itu.
Kisah kehidupan Kamel terbongkat apabila seorang penduduk yang mengenalinya melihatnya di dalam bank.
Kakitangan bank itu memberitahu penduduk berkenaan, Kamel pelanggan penting mereka.
Pekerja bank berkenaan berkata pengemis itu mendepositkan hasil wang yang dikumpulnya setiap hari sehingga simpanannya menjangkau 3.4 juta paun Mesir (RM1.6 juta) dan berjaya memiliki dua bangunan di Faisal Avenue, kawasan utama di wilayah Giza
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI