casing merangkap bateri untuk iPhone






Sejak iPhone diperkenalkan pada tahun 2007, ia tidak mempunyai kemampuan bateri yang boleh ditanggalkan.

Kombinasi bateri yang tidak boleh ditanggalkan dan kapasiti bateri yang kecil membuatkan iPhone mempunyai jangka hayat penggunaan yang pendek berbanding majoriti peranti pengeluar lain.

Cobattery akan menyelesaikan masalah ini dengan memberikan keupayaan menanggalkan bateri iPhone.

Ianya sebuah casing dengan slot bateri yang boleh ditanggalkan.

Bateri ini kemudian menjadi power bank kepada iPhone. Kapasiti bateri Cobattery sebesar 3200 mAh adalah lebih besar daripada bateri iPhone 6 yang hanya sebesar 1800 mAh.

Turut disertakan dengan Cobattery ialah dok pengecas bateri khas.

Secara teori sebuah bateri boleh digunakan sementara sebuah lagi dicas.

Apabila bateri pada Cobattery mula berkurangan anda hanya perlu menukarkannya dengan bateri baru.

Peranti dapat digunakan secara berterusan selagi anda mempunyai bateri simpanan yang dicas sepenuhnya.

Sebuah idea yang kreatif dan menyelesaikan masalah peranti perlu dicas dengan wayar sepanjang masa.

Kami yakin kebanyakkan pengguna iPhone 6 bosan dengan jangka hayat bateri sedia ada, jadi Cobattery ialah penyelesaian terbaik.

Projek ini masih mengumpul dana dan boleh anda sokong pada harga serendah USD75 (230).

Model yang disokong setakat ini ialah iPhone 5, 5S dan 6.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI