bos yang pemurah
China – Adakah bos-bos di China merupakan majikan terbaik di dunia?
Selepas seorang majikan di China memberikan hadiah kepada 6,400 kakitangannya dengan percutian percuma ke Perancis, kini ada seorang lagi hartawan yang pemurah.
Beliau adalah Li Huisen, pemilik syarikat Tiens Group yang terlibat dalam penghasilan herba kesihatan di negara itu. Li telah membawa 12,700 kakitangannya bercuti di Bangkok dan Pattaya selama enam hari.
Ia merupakan kumpulan organisasi terbesar yang pernah terlibat dalam percutian di Thailand.
Kumpulan pekerja berkenaan akan bergerak ke Thailand dalam beberapa peringkat mulai 10 hingga 20 Mei dengan menaiki 110 pesawat berasingan.
Menurut jurucakap syarikat itu, mereka akan menginap di beratus-ratus hotel empat dan lima bintang selain 400 bas disewa bagi tujuan berkenaan.
Kerajaan Thailand menganggarkan lawatan kumpulan berkenaan akan membawa masuk RM63 juta.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI