hilang akal...bunuh anak kerana mahu memiliki rumah




HERTFORDSHIRE, Britain – Seorang lelaki yang baru tiga minggu mendapat hak penjagaan bertindak memukul sehingga mati anak perempuannya kerana mahu mendapat lebih banyak faedah dan sebuah rumah.

Carl Wheatley, 31, mengaku membunuh Alexa-Marie Quinn pada Mac tahun lepas selepas pihak berkuasa tempatan memberikannya hak penjagaan daripada sebuah keluarga angkat.

Mahkamah menolak pengakuannya yang menyatakan kematian kanak-kanak berusia empat tahun itu sebagai kurang tanggungjawab selepas mendapati dia melakukan pembunuhan kejam.

Wheatley sebelum ini pernah memberitahu rakan sekerjanya bahawa dia boleh mendapat sebuah rumah dengan dua bilik dan faedah £1,700 (RM9,585) jika mendapat hak penjagaan terhadap kanak-kanak itu.

Pendakwa Raya di Mahkamah Crown St. Albans, Christopher Donnellan QC memberitahu, terdapat 65 kesan lebam di tubuh kanak-kanak itu dan lebam ke-66 menyebabkan kematiannya.

“Selepas tiga minggu mendapat hak penjagaan, lelaki itu memukul dengan teruk sehingga membawa kematian terhadap Quinn,” ujarnya


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI