Acer Iconia Talk S di lancarkan di malaysia...tak berbaloi dengan harganya ...dengan RAM sekadar 1 GB ajer dan bukan 2 GB atau lebih...!!!



Acer Malaysia hari ini secara rasminya memperkenalkan satu lagi peranti baru dibawah penawaran mereka, iaitu Acer Iconia Talk S. Ia hadir dengan skrin bersaiz 6.9-ini, dan dipasarkan sebagai gabungan tablet dan telefon pada satu peranti.

Acer Iconia Talk S hadir dengan resolusi paparan 1280×800 pixel, dilengkapi sokongan dwi-SIM dan juga rangkaian 4G LTE. Peranti ini menggunakan cip pemprosesan 64bit Snapdragon 1.2Ghz empat-teras, dan menjalankan sistem operasi Android 4.4 KitKat. Ia turut dilengkapi memori 1GB RAM serta ruangan storan 16GB.

Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang 5-megapixel, dan kamera hadapan 2-megapixel. Acer Iconia Talk S menyertakan bateri berkapasiti 3780 mAh, dan dikatakan menawarkan masa memainkan video sehingga 9 jam lamanya.

Acer Iconia Talk S ini turut dilengkapi dengan sokongan khusus daripada Acer, iaitu Touch WakeApp yang membolehkan anda mengakses aplikasi dengan dwi-tap skrin ketika ia dalam keadaan tertutup, dan pada masa yang sama merakamkan gambar dengan mudah melaluinya.

Di Malaysia, Acer Iconia Talk S ini dijual pada harga RM799.



info lanjut mengenai spesifikasinya di sini...



About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI