pejuang IS bunuh 70 askar rejim bashar al-assad
4:50 PG
bashar al assad
,
berita
,
luar negara
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
rejim haram
,
syria
Edit
PEJUANG pemberontak kelihatan meronda di kawasan berdekatan kem tentera al-Mastouma yang dikuasai tentera kerajaan Syria di bandar Idlib pada Selasa lalu.
DAMSYIK – Kumpulan pejuang islam Islamic State (IS) membunuh sekurang-kurangnya 70 anggota askar kerajaan dalam satu serangan besar-besaran ke atas kawasan yang dikuasai tentera Syria di wilayah Homs, tengah Syria,.
Kumpulan Pemerhati Syria Untuk Hak Asasi Manusia menyatakan, sekurang-kurangnya 40 pejuang IS turut di khuatiri terbunuh dalam pertempuran itu.
Terdahulu, kumpulan pemerhati berkenaan yang memantau keganasan di Syria memberitahu bahawa 30 askar rejim Presiden Bashar al-Assad itu dan 20 pejuang IS maut dalam pertempuran sengit di timur Homs selepas kumpulan pejuang berkenaan menyerang askar kerajaan.
Menurut satu kenyataan IS, pihaknya telah menawan bandar Sukhna yang terletak sekitar 300 kilometer ke timur laut Damsyik.
Langkah itu membolehkan IS menguasai sebuah lebuh raya strategik yang menghubungkan Homs dengan wilayah Deir al-Zor di timur laut Syria.
Kumpulan pejuang juga mendakwa telah menembak jatuh sebuah pesawat MiG milik tentera Syria di kawasan tersebut.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI