resepi sambal tumis udang + petai



BAHAN-BAHANNYA :-)

15 ekor udang bersaiz besar, dibersihkan
2 papan petai, ambil isinya
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 camca teh pes asam jawa
3/4 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

5 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah, buang biji kalau tak suka pedas
1/2 inci halia
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1/4 cawan). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah 1 camca besar minyak jika perlu.

Masukkan pes asam jawa dan kacau rata. Tambah petai dan masak hingga petai lembut sedikit. Masuk udang dan bawang besar. Gaul rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak sekejap, dan boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas, ikan goreng dan ulam-ulaman....

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI