main luncur angin akhirnya landing 4 jam atas pokok



MANGSA tersangkut di pokok pada ketinggian kira-kira 15 meter.

 BANTING - Seorang wanita berusia 27 tahun yang menyertai kegiatan luncur angin berhampiran Rumah Api Bukit Jugra, Banting tersangkut di pokok pada ketinggian kira-kira 15 meter hampir empat jam sebelum diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6 petang itu, mangsa Sharifah Nadia Wafa Syed Muhamad Thalal Wafa, 27, tersangkut selepas tersilap jangkaan untuk melepasi pokok terbabit. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Banting Mohd Jaslizad Jalil berkata, bomba menerima panggilan pada 6.45 petang dan mangsa selamat diturunkan pada 10.19 malam.

Katanya, pihaknya mengambil masa hampir empat jam untuk menyelamatkan mangsa berikutan tiada akses masuk ke lokasi kejadian. “Anggota bomba memanjat pokok terbabit dan mangsa diturunkan menggunakan tali. “Pemeriksaan mendapati mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI