kerana terdesak...terpaksa jual bangkai lamborghini huracan




LAMAN web jualan atas talian eBay menunjukkan bangkai sebuah kereta Lamborghini yang hancur dijual kepada orang ramai.

BUDAPEST – Seorang lelaki mengiklankan sebuah kereta Lamborghini bernilai £186,000 (RM1.01 juta) untuk dijual pada harga cuma £4,000 (RM21,859.46) di sebuah laman web di Hungary baru-baru ini.

Bagaimanapun, apa yang sebenar dijual oleh Csapo Joska, 35, itu merupakan bangkai sebuah kereta Lamborghini milik rakannya dari Republik Czech yang remuk dan hangus terbakar selepas satu kemalangan di sini pada September tahun lalu. Joska menulis iklan: “Lamborghini Huracan, hanya satu pemilik terdahulu, dijual seperti yang dilihat.”

Dia menyiarkan iklan itu sebagai usaha mendapatkan sebanyak mungkin duit untuk membayar ganti rugi kepada rakannya selepas syarikat insurans enggan membayar sebarang pampasan.

Joska yang memandu pada kelajuan 336 kilometer sejam pada tahun lalu melanggar besi penghadang di tepi jalan.

Selain memusnahkan kenderaan itu, dia turut disaman kerana pelbagai kesalahan termasuk memandu secara berbahaya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI