resepi kerabu mangga sotong



BAHAN-BAHANNYA :-)

1 biji mangga yang mengkal (isinya masih keras)
1 ekor sotong kembang, saiz sederhana
1 batang serai, ambil bahagian putih sahaja, mayang halus*
5 biji bawang merah kecil, mayang halus*
1 kuntum bunga kantan, mayang halus*
5 biji cili padi kampung warna hijau, hiris kecil*
5 biji cili padi kampung warna merah, hiris kecil*

1 genggam kacang tanah, goreng tanpa minyak, buang kulitnya dan tumbuk kasar

1 genggam ikan bilis, dibersihkan, cuci dan goreng garing
2 biji limau kasturi, perah jusnya
2 camca besar sos ikan atau secukup rasa
1 camca teh gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Kupas mangga, cuci dan lap kering. Kemudian disagat kasar atau dihiris memanjang halus2. Sotong kembang dihiris memanjang kecil2, cuci dan celur 1 minit. Tos dan ketepikan.

Dalam satu bekas, masukkan sotong, mangga dan semua bahan2 yang bertanda (*). Gaul rata, tambah kacang tanah, ikan bilis, gula, jus limau kasturi dan sos ikan. Gaul rata2 dan jika kurang masin, boleh tambah sedikit lagi sos ikan atau secukup rasa. Hidangkan segera sebagai pembuka selera....

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI