doktor curi buah pinggang ketika pembedahan



China – Nasib malang menimpa seorang wanita, Xu Xiuying, 48, apabila doktor di sebuah hospital telah memperdayakannya dengan mencuri buah pinggangnya, dan kemudian menjual organ tersebut pada sindiket penjualan organ.

Dia ditipu dengan dimaklumkan perlu menjalani pembedahan bagi rawatan kanser kolon, tujuh tahun lalu. Selepas menyedari buah pinggangnya dicuri, dia mengemukakan tuntutan di mahkamah untuk mendapatkan pampasan.

Bagaimanapun Xiu berdepan masalah kerana dia telah menjalani pembedahan di dua buah hospital sepanjang tempoh tujuh tahun itu, justeru dia tidak mengetahui doktor mana yang mencuri buah pinggangnya. Meskipun hakim memutuskan buah pinggangnya dicuri dalam satu pembedahan dan perlu dibayar pampasan, namun hakim tidak menyebut hospital mana yang bertanggungjawab serta perlu membayar pampasan berkenaan.

Ini kerana tidak ada bukti yang mencukupi untuk mengaitkan hospital terbabit dengan kejadian berkenaan. Menurut Xiu, dia hanya menyedari buah pinggangnya hanya tinggal sebelah selepas dia menjalani x-ray akibat sakit di bahagian belakang. “Saya ingatkan saya dilahirkan dengan hanya sebelah buah pinggang namun selepas jiran saya memaklumkan mengenai skandal pemerdagangan organ manusia, baru saya fikir semula mengenainya,’’katanya. Buah pinggang yang sihat boleh dijual di pasaran gelap dengan harga mencecah ribuan ringgit.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI