hutang tetap hutang




London: Seorang bekas murid berjaya mengelak daripada membayar denda £2,837 (RM 15,531) selepas memulangkan buku sekolah yang berada dalam simpanannya sejak 65 tahun lalu.

Dia bagaimanapun, bermurah hati menderma sejumlah £1,500 (RM 8,200) kepada sekolah berkenaan. Sir Jay Tidmarsh, 82, menjumpai salinan buku ‘Ashenden’ oleh W Somerset Maughan ketika mengemas rak di rumahnya dan menemui cop sekolah dalam buku berkenaan.

Bekas ahli perniagaan yang berasal dari Bristol itu meminjam buku terbabit ketika belajar di Sekolah Taunton, Somerset pada 1950, tetapi terlupa memulangnya. “Entah macam mana sebaik melihat cetakan ‘milik Sekolah Taunton’ dalam buku itu, saya berfikir untuk mengembalikannya dan pada masa yang sama membayar hutang,” katanya.

Sir Jay bersama isterinya Lady Virgina membuat lawatan khas ke sekolah itu dan diraikan dengan hidangan tengah hari yang dihoskan Chair of Governors Jane Barrie. Pengarah Yayasan sekolah, Neil Longstreet, berkata: “Sir Jay ialah penyokong Yayasan yang dihargai.

Dengan ini, saya mengumumkan pengampunan kepada semua bekas murid sekolah Taunton yang masih menyimpan buku perpustakaan di rumah mereka - termasuk saya!”

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI