galaxy note edge mula dijual di malaysia







Galaxy Note Edge merupakan telefon pintar dibawah keluarga Galaxy Note, tetapi diberikan suntikan baru di bahagian tepi yang melengkung serta panel tambahan untuk memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kemaskini dan notifikasi secara mudah.

Ia dikatakan menerima reaksi positif ketika diperkenalkan sewaktu pelancaran Galaxy Note 4 tahun lepas hingga ramai yang meminta Samsung Malaysia membawanya masuk ke negara ini. Peranti ini ditawarkan dengan cip pemprosesan empat-teras 2.7Ghz, memori 3GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dengan sokongan OIS, kamera hadapan 3.7-megapixel dan skrin bersaiz 5.6-inci qHD.

Fokus utama padanya adalah sokongan skrin pada bahagian tepi yang melengkung, selain beberapa ciri-ciri khusus untuknya. Sebagai contoh, ia akan memaparkan notifikasi pada bahagian tepi tanpa menganggu jika pengguna sedang membuat tugasan lain pada skrin.

Ketika menggunakan aplikasi kamera pula, butang kawalan masih boleh digunakan pada posisi tepi. Kini beberapa pengedar Samsung telah mula menjualnya di Malaysia dengan harga antara RM2949 hingga RM2999. Harga ini tidak jauh dari jangkaan memandangkan Galaxy Note 4 sendiri berharga RM2499 ketika baru diperkenalkan.


butiran lanjut...sini

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI