kaki ayam yang melepasi tarikh lupus 46 tahun yang lalu masih di jual



KALAU berkunjung ke negara China, selain soal halal dan haram, aspek keselamatan makanan seperti tarikh luput juga perlu anda berikan perhatian. Ini kerana, pasukan keselamatan negara itu pernah merampas 20 tan ayam seludup oleh kumpulan dari Vietnam yang turut mengandungi kaki ayam yang dipercayai sudah 46 tahun melepasi tarikh luput!

Bermakna kaki-kaki tersebut kali pertama dipotong dari ayam pada tahun 1967 yakni ketika China masih diperintah oleh Pengerusi Mao. Mesti anda masih keliru bagaimana kaki ayam boleh bertahan sebegitu lama?

Rupanya, kaki tersebut direndam dengan bahan seperti hidrogen peroksida yang bukan sahaja membunuh bakteria dan menjadikan kaki ayam berkenaan putih, tetapi juga memanjangkan tarikh luputnya dengan begitu luar biasa, menurut Li Jianmin, seorang Ketua Keselamatan tempatan. 

Rampasan itu dibuat berikutan siasatan polis China terhadap laporan pasar makanan negara itu dipenuhi dengan lambakan ayam berkualiti rendah. Serbuan dilakukan di barat daya Wilayah Guangxi.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI