15 tahun dadah tersorok di dalam pintu van



LIMA bungkusan dadah mampat yang ditemui di dalam ruangan di pintu van milik Melodie ini.

ALBUQUERQUE, Amerika Syarikat – Seorang wanita di sini terkejut selepas menemui sejumlah dadah jenis ganja seberat hampir enam kilogram yang disembunyikan di dalam sebuah van miliknya selama 15 tahun.

Wanita tersebut, Melodie Peil berkata, dia membeli van jenis Chevrolet itu kira-kira 15 tahun lalu daripada seorang lelaki dan tidak menyedari ada beberapa ketul dadah di dalam pintu kenderaan itu.

Katanya, pada minggu lalu, seorang rakannya membuka pintu van berkenaan untuk dibaiki tetapi terkejut selepas menemui lima bungkusan ganja mampat yang disembunyikan di dalamnya.

“Saya sungguh terkejut dan terus menghubungi polis kerana rakan saya memberitahu, bungkusan berkenaan kemungkinan adalah dadah.

“Beberapa anggota polis yang datang membuat pemeriksaan mengesahkan bungkusan tersebut adalah dadah jenis ganja.

“Bagaimanapun, pihak polis mengesahkan dadah itu sudah tidak berguna lagi kerana tersimpan terlalu lama di dalam pintu van berkenaan,” katanya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI