petua goreng ikan keli supaya tak meletup




Ikan keli ni memang sedap sangat masak apa pun kan.Selalunya ana suka masak asam pedas atau lemak cili api sebab utamanya kita tak perlu nak menggorengkannya.

Tapi jemu juga dan anak-anak lebih suka keli yang dimasak dengan mengorengkannya terlebih dahulu. Salah satu nya masak sambal kicap ikan keli yang pernah kita kongsikan di SINI .Namun masalah utama bila menggoreng ikan keli ini ialah hasil letupan yang memercik satu dapur tu.

Setelah berkongsi pendapat dengan pelbagai sumber, disini ana kongsikan semula empat tips atau petua ketika menggoreng ikan keli supaya tidak meletup.


Tips menggoreng ikan keli supaya tidak meletup

Pertama yang selalu ana sendiri lakukan ialah menutup kuali dengan tudungnya apabila mengoreng ikan keli.Sekurang-kurangnya ia meletup di dalam tudung kuali tu sahaja dan tidaklah memercik ke muka atau lantai.Ketika memusingkannya nanti, pastikan tutup api dapur seketika dan selepas itu sambung semula menggorengnya.

Ada juga yang memberi petua supaya di campakkan garam kasar ke dalam minyak sebelum menggoreng ikan keli. Belum pernah mencubanya kerana ana jarang mempunyai garam kasar di rumah.

Selain itu, ada juga rakan memberitahu ana , lumurkan dengan tepung gandum ikan keli yang hendak digoreng itu menggantikan kunyit.Mungkin juga boleh menjadi kerana tepung gandum mengeringkan isi ikan tersebut dan berkemungkinan ia tidak akan meletup kan.

Dan akhir sekali, terdapat juga petua mengatakan campakkan sekeping asam keping ke dalam minyak panas sebelum menggoreng ikan keli ini.Ia dapat mengelakkan ikan keli dari meletup ketika di goreng. Waallahu a'lam.

Pelbagai petua lagi banyak dikongsikan jika kita menGooglenya.Ini sebahagian yang ana dapati dari rakan-rakan blogger yang berkongsi dan mungkin salah satunya berjaya mengelakkan dari berlaku letupan ketika menggoreng.Selamat mencuba :)

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI