bomoh tarik duit nie...boleh tarik duit dalam penjara ..30 bulan tak ada orang ganggu punya...kah kah kah

Bomoh tarik duit dijel 30 bulan




SUZANA (kanan) yang dihukum penjara 30 bulan kerana memperdaya kenalannya berjalan keluar dari Mahkamah Majistret, Kota Bharu kelmarin.

KOTA BHARU – Seorang bomoh wanita, Suzana Yasin yang mendakwa mampu menarik duit dan emas dipenjara 30 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas enam pertuduhan memperdayakan kenalannya untuk menyerahkan sejumlah barangan kemas bernilai RM20,930 serta wang tunai sebanyak RM8,000.

Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed membuat keputusan tersebut selepas tertuduh, Suzana, 45, mengaku bersalah terhadap keenam-enam pertuduhan itu.

Mohamad Nasrudin kemudian menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan bagi setiap pertuduhan namun, memerintahkan agar hukuman itu berjalan serentak bermula kelmarin.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, Suzana didakwa mendorong dan memperdayakan Rabiah Salleh, 59, dengan menjanjikan pulangan menguntungkan kepada mangsa supaya menyerahkan barangan kemas serta wang tunai miliknya yang bernilai RM12,150 antara 12 tengah hari hingga 3.15 petang pada September 2012 hingga Disember 2013.

Dia melakukan perbuatan itu di hadapan kedai di tingkat bawah Kompleks Perniagaan Saidina Ali, Kedai Tukang Emas Melayu Haji Awang Bebakar 174 dan Bank Simpanan Nasional Cawangan Kok Lanas dekat sini.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI