istana pasir tertinggi di dunia




SEKUMPULAN 12 orang artis seni bertungkus lumus menyiapkan istana pasir.-

FLORIDA – Sebuah binaan istana pasir yang dibina di pantai Virginia Key, Florida dengan menggunakan 1,800 tan pasir bakal dicatatkan sebagai istana pasir tertinggi di dunia.

Sekumpulan 12 artis seni membina istana yang mengagumkan itu dan bertujuan untuk menandingi rekod istana pasir tertinggi yang dicatatkan di bandar Niteroi, Brazil dengan ketinggian 12.6 meter.



ISTANA pasir di pantai Virginia Key, Florida ini bakal mencatat istana pasir tertinggi di dunia.

Proses pembinaan istana pasir itu telah dilakukan sejak tiga minggu lalu dan dijangka siap sepenuhnya hari ini, menurut portal WPLG.

Binaan tersebut juga akan dikekalkan di pantai terbabit sekurang-kurangnya selama tiga minggu.

Kumpulan penilai daripada Guinness World Records akan mengunjungi arca tersebut pada Isnin ini bagi mengukur dan mengesahkan pencapaian terbaharu itu.

Istana pasir berkenaan dibina atas permintaan syarikat penerbangan Turkish Airlines bagi menandakan perkhidmatan sulung syarikat penerbangan itu dari bandar Miami, Florida ke Istanbul, Turki

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI