seksa 6 bulan tertelan pencungkil gigi
Pencungkil gigi yang ditemui di dalam jantung Videla.
BUENOS AIRES – Seorang lelaki terseksa selama enam bulan selepas tertelan pencungkil gigi ketika sambutan tahun baru yang tanpa disedari mencucuk jantungnya.
Selama tempoh itu, Horacio Rodriguez Videla, 42, mengalami rasa sakit mencucuk-cucuk, demam panas dan batuk berdarah, lapor portal berita Clarin.
Doktor menyangka dia menghidap AIDS dan terkejut apabila hasil pembedahan menemui pencungkil gigi di dalam jantungnya.
Videla berkata: “Memang saya banyak makan kudapan ketika meraikan Tahun Baru bersama kawan-kawan. Mungkin saya tertelan pencungkil gigi itu.”
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI