teknologi membolehkan pintu rumah dibuka menggunakan telefon pintar



Pemintaran objek biasa adalah idea di sebalik Internet of Things. Apabila kesemua objek di rumah menjadi pintar, secara teori ianya boleh dikawal dengan menggunakan satu alat kawalan sahaja.

Alat kawalan universal ini biasanya adalah sebuah peranti pintar. Terdapat beberapa kunci pintu rumah pintar di pasaran sekarang. August Home Access adalah salah satu yang baru sahaja diperlihatkan dan ianya direka oleh pereka ternama Yves Behar.

Berbeza dengan kunci pintu pintar yang lain, August Home Access boleh dinyahkunci dari jarak jauh menggunakan telefon pintar. Terdapat dua cara pintu boleh dibuka iaitu melalui Bluetooth ataupun WiFi. Terdapat sebuah kamera terbina yang membolehkan anda melihat siapa di pintu juga menerusi telefon pintar. Sistem sebegini juga berguna untuk mereka yang mempunyai rakan serumah yang kerap tertinggal kunci.

Sekiranya peranti anda kehabisan bateri ataupun sistem WiFi rumah tidak boleh diakses, pintu masih boleh dibuka menggunakan pad kekunci. Mereka boleh memasuki rumah tanpa anda perlu pulang dan membuka pintu untuk mereka. Keseluruhan set kunci pintar ini dijual pada harga $348.





About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI