Resepi Sambal Kicap Ikan Keli



Terlebih dahulu ikan keli yang telah dibersihkan sepenuhnya di gaul dengan garam dan kunyit dan di goreng garing.Bahan untuk sambal kicap ialah :

Cili api
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Air asam jawa
Kicap pekat
Garam

Sukatannya ikut jumlah ikan keli yang kita masak.Bahan tumisan seperti biasa cili api,bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk atau dipecah-pecahkan sahaja.

Tumis di dalam minyak panas. Kemudian masukkan kicap pekat ikut kesesuaian masing-masing. Masukkan air asam jawa supaya ia tidak terlalu pekat, rasakan dengan sedikit garam.

Lumurkan semula bersama ikan keli yang telah disiap di goreng tadi dan sangat sedap di makan panas-panas bersama nasi putih sahaja. Selamat mencuba.

p/s :

sesuatu yang  paling kita tak suka bila menggoreng ikan keli ni ialah hasil letupannya.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI