terlajak banggang...calar 9 iphone 6s nak tunjuk kekayaan kepada bekas kekasih



CHINA adalah negara yang semakin dipenuhi dengan orang kaya baru.

Menurut sebuah kajian tahunan, golongan jutawan di China pada masa ini telah melebihi golongan jutawan di Amerika Syarikat.

Maka tidak hairanlah terdapat banyak kes generasi baru (kaya) ini gemar menunjuk-nunjuk kekayaan milik mereka.

Memandangkan rakyat China menganggap barangan buatan Apple adalah lambang status kekayaan, terdapat kisah seorang lelaki kaya di sana membelikan dua Apple Watch Edition semata-mata untuk dipakai oleh anjing belaannya.

Turut dilaporkan, seorang warga China sanggup menjual organ demi mendapatkan iPhone dan terbaharu, seorang lelaki dikatakan sanggup mencalarkan skrin sembilan peranti iPhone 6s untuk menunjukkan kekayaan kepada bekas kekasih.

Skrin dicalarkan dengan nota marah kerana bekas teman wanita meninggalkannya selepas menerima sebuah iPhone 6 dari teman lelaki baru.

Disangka dengan mencalarkan sembilan peranti sekaligus ini, si lelaki menganggap dia telah berjaya menunjukkan bahawa dia lebih berduit hinggakan iPhone hanya layak dijadikan ‘kertas’ menulis nota marah.

Diharapkan di Malaysia tak ada individu yang melakukan perkara bangang seperti ini semata-mata nak menunjuk-nunjuk

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI