ummu jah....Isteri bekas pengasas Arqam meninggal dunia dan selamat di kebumikan ...Al Fatihah...





ORANG ramai memenuhi Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Jitra, bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Ummu Jah

Hatijah Aam, isteri kepada pengasas Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad meninggal dunia kira-kira pukul 7.45 malam semalam di sebuah pusat perubatan swasta di Alor Setar, Kedah.

Anggota keluarga dan sahabat handainya enggan memberi sebarang kenyataan kepada media ketika ditemui di pusat perubatan swasta itu.

Menurut laporan media tempatan hari ini, Ummu Jah, yang juga Pengerusi Global Ikhwan Sdn. Bhd., dilaporkan mengalami kematian otak dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.

Difahamkan, Allahyarhamah dimasukkan ke hospital swasta itu sejak 16 Oktober selepas pulang daripada lawatan ke luar negara atas urusan kerja.

Balu kepada Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, 61, atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat, Batu 20, Jalan Kodiang di sini, 10.20 pagi tadi.

Hampir 1,000 pengikut dan ahli keluarga serta kenalan rapat Allahyarham memenuhi perkarangan Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sejak 8 pagi.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Al-Islah, Kampung Putat, Padang Sera, Kodiang terletak bersebelahan tanah perkuburan kira-kira 9.30 pagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Lokman Hakim Pfordten berkata, pihaknya sepakat melantik Datuk Rasidi Abdullah sebagai Pengerusi Eksekutif GISB yang baru, sekaligus pemegang jawatan Yang Dipertua Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM) berkuatkuasa serta-merta.

Bagaimanapun, katanya, jawatan lain termasuk struktur lembaga pengarah di seluruh dunia dalam kedua-dua entiti berkenaan dikekalkan.

"Saya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu urusan hingga jenazah disemadikan.

"Kami beriltizam untuk memastikan semua aktiviti perniagaan dan perkhidmatan dalam kedua-dua entiti ini dapat terus dilaksanakan sepertimana yang digariskan sepanjang kami bersama Allahyarhamah," katanya dalam satu kenyataan rasmi, di sini, hari ini.

Katanya, jutaan terima kasih juga dizahirkan kepada semua agensi kerajaan terutama pihak keselamatan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dan semua badan berkuasa agama negeri kerana membantu usaha GISB yang diterajui Allahyarham untuk kembali ke arus perdana.

Allahyarham Ummu Jah meninggal dunia pada 7.45 malam tadi di Kedah Medical Centre (KMC) kerana sakit jantung.

About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI