kau pergi jua...innalillahi rojiun...al fatihah



ALLAHYARHAM Muhammad Firdaus yang tinggal selama 14 bulan di Taman Sinar Harapan, Seremban menghembus nafas terakhir akibat diserang sawan kelmarin.

SEREMBAN – Remaja orang kurang upaya (OKU), Muhammad Firdaus Dullah, 16, yang pernah menggemparkan negara selepas diabaikan oleh ibu sendiri sehingga kurus kering di Flat Taman Semarak di Nilai dekat sini tahun lalu disahkan me­ninggal dunia disyaki akibat sawan kelmarin.

Muhammad Firdaus yang menghidap cerebral palsy menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.15 petang di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini.

Ibunya, Lolanopita Sadi, 41, turut hadir di bilik mayat hospital tersebut selepas dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pihak Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah kendalian Ja­batan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, wanita tersebut yang dilihat masih sedih di atas kematian anak sulungnya itu enggan ditemubual pemberita.

Muhammad Firdaus sebelum ini ditempatkan di rumah kebajikan tersebut sejak 21 Ogos 2014.

Berat terakhir remaja tersebut sebelum dia meninggal dunia ialah 27 kilogram (kg) berbanding hanya 14kg ketika mula-mula ditemui tahun lalu.



kisah sebelumnya...


Sadis: Dikurung hingga kurus umpama mayat





Remaja malang berkenaan dibawa ke HTJS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

NILAI - Jabatan Imigresen Negeri Sembilan menyelamatkan seorang remaja lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dikurung di sebuah rumah pangsa, di sini semasa operasi memburu pendatang asing tanpa izin (Pati), kira-kira jam 2 pagi tadi.

Remaja tempatan berusia 15 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak terurus, di mana tubuhnya kurus kering seperti mayat, dipercayai akibat kekurangan zat.

Lebih menyedihkan, remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu juga dibiarkan bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah.

Difahamkan, baju dipakai mangsa didapati telah mereput akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama berada di situ.

Menurut Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, pihaknya sama sekali tidak menyangka akan menemui remaja terbabit, kerana tujuan asal pihaknya menyerbu kediaman itu kerana dimaklumkan didiami pendatang tanpa izin.

"Remaja itu kemudiannya dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.

"Ibu kepada kanak-kanak lelaki berkenaan juga telah dikesan dan kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri bagi tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita, di sini, awal pagi tadi.



berita...21 Jun 2014


About Unknown

GERAKAN HARAPAN BARU..PAKATAN HARAPAN RAKYAT...PUTRAJAYA DI TUJU..ISLAM DI SANJUNG...PAS FOR NOTHING..ISIL IMPIAN KU...
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :

Catat Ulasan

SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI