pejuang islam IS ikrar akan kalahkan Rusia seperti tragedi di Afghanistan era 1980 an
8:58 PG
afghanistan
,
berita
,
luar negara
,
pejuang islam
,
pejuang negara islam ( ISIL )
,
syria
,
tentera rusia
Edit
GAMBAR di laman web rasmi Kementerian Pertahanan Rusia pada Jumaat lalu menunjukkan sebuah jet pejuang Su-34 milik Rusia menggugurkan bom di Syria.
DAMSYIK – Kumpulan pejuang islam Islamic States (IS) kelmarin berikrar akan menyerang Rusia dan menewaskannya selepas Moscow meningkatkan kempen serangan udara terhadap IS dan kumpulan-kumpulan pejuang islam lain di Syria.
“Rusia akan dikalahkan,” kata jurucakap IS, Abu Mohamed al-Adnani dalam satu rakaman audio di internet. Jurucakap itu turut menggesa “umat Islam supaya berjihad menentang Rusia dan Amerika Syarikat,”.
Di Syria, IS bukan sahaja cuba menggulingkan Presiden Bashar al-Assad tetapi kononnya di tuduh turut terlibat dalam perebutan kuasa menentang sayap al-Qaeda, Barisan al-Nusra.
Ketua al-Nusra, Abu Mohamed al-Jolani juga mengancam Moscow dengan menyatakan, kempen serangan udara di Syria itu akan membawa akibat buruk.
“Jika tentera Rusia membunuh rakyat Syria, bunuh sahaja rakyat mereka,” katanya dalam gesaan kepada pejuang pejuang di Banjaran Kaukasus kelmarin.
“Perang di Syria akan menyebabkan tentera Rusia mengalami penderitaan yang lebih teruk daripada Afghanistan,” tambahnya, merujuk kepada kegagalan bekas Kesatuan Soviet menjajah Afghanistan pada tahun 1980-an.
Dalam pada itu, Rusia mengumumkan tentera udaranya membedil 86 sasaran ‘pejuang’ di Syria dalam tempoh 24 jam lepas termasuk beberapa kedudukan IS.
AS yang melancarkan perang udara sendiri terhadap IS di Syria dan Iraq bagaimanapun menuduh Rusia menyasarkan kumpulan pemberontak berfahaman sederhana yang disokong Barat dalam kempen serangan udaranya.
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI