bakar diri kerana bantah cukai
Badan Shahbaz terbakar selepas dia membakar diri sendiri di bandar Multan, Pakistan baru-baru ini.
ISLAMABAD – Seorang lelaki Pakistan berlari di jalan raya dengan tubuhnya dijilat api selepas dia bertindak membakar diri kerana tidak berpuas hati terhadap isu cukai, lapor sebuah akhbar semalam.
Insiden penuh tragis itu berlaku di bandar Multan, dalam negeri Punjab baru-baru ini.
Orang ramai di lokasi kejadian bergegas untuk memadamkan api yang marak membakar Shahbaz Ahmad dengan mencurah pasir ke badannya.
Namun, mereka terlambat dengan Shahbaz, 24, disahkan parah ekoran melecur teruk dalam insiden tersebut.
Pakaiannya hampir hangus sepenuhnya, manakala kulit mangsa menjadi hitam kerana dibakar api yang marak.
Menurut media tempatan, pemuda itu membakar diri kerana membantah cukai yang dikenakan terhadap dirinya.
“Dia mendakwa jabatan percukaian tidak berlaku adil pada dirinya,” menurut laporan media tempatan.
Shahbaz terselamat dalam kejadian itu tetapi masih dirawat di hospital kerana melecur pada 80 peratus badannya
##
untung kat malaysia....belom ada orang berani buat bakar diri kerana bantah GST , harga barang, perkhidmatan dan minyak naik serta tol naik mencanak di 8 lebuhraya baru baru ini...
0 comments :
Catat Ulasan
SEGALA KOMEN KOMEN DARI AKTIVITI DI SINI ADALAH ATAS TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN ITU SENDIRI DAN KOMEN KOMEN DARI ADMIN HANYALAH BERBENTUK CADANGAN DAN BUKAN HASUTAN....ADA OTAK FIKIR FIKIRKANLAH ATAS PERTIMBANGAN DIRI SENDIRI